Juruteknologi Pergigian
Kerjaya  Juruteknologi Pergigian adalah memberi penekanan di dalam aspek   kesihatan pergigian. Ia memfokuskan  kepada rehabilitasi pergigian  serta  estetik dan peralatan serta meliputi kelengkapan rawatan  pergigian. 
DESKRIPSI TUGAS 
Juruteknologi Pergigian bertanggungjawab:
Merangka, memproses dan menghasilkan aplians prostetik, ortodontik, restoratif dan maksilofasial.
Menyelenggara dan memperbaiki alat kelengkapan rawatan pergigian.
Kejururawatan
Kerjaya  sebagai seorang Jururawat adalah memfokuskan kepada memberi   perkhidmatan perawatan kepada semua lapisan masyarakat. Untuk menceburi   profesion ini, anda perlu mempunyai ciri-ciri penyayang , penyabar,   berdisiplin dan boleh bekerjasama dengan ahli pasukan kesihatan.
DESKRIPSI TUGAS
I.  Hospital
Di hospital, jururawat bertugas di wad-wad, dewan bedah, jabatan   pesakit luar dan klinik-klinik pakar. Fungsi utama ialah memberi   perawatan holistik kepada semua pesakit.
II.Unit Kesihatan
Di Unit Kesihatan Awam, jururawat bertugas sebagai seorang ahli pasukan   kesihatan awam dalam memberi jagaan kesihatan keluarga dan perkhidmatan   kesihatan awam dengan objektif untuk meningkatkan taraf kesihatan   masyarakat.
Pembantu Perubatan
Bidang ini memberi  penekanan dalam penyediaan perkhidmatan kuratif,  promotif, preventif dan  rehabilitatif pada tahap yang bersesuaian dalam  program perkhidmatan  Perubatan dan Kesihatan di bawah pengawasan  Pegawai Perubatan.
DESKRIPSI TUGAS
Berperanan memberikan perkhidmatan Primer dan Khusus dalam aspek kesihatan berikut:
i.      Perkhidmatan Primer
Memberi rawatan primer dan kecemasan di Klinik Kesihatan, Jabatan Pesakit Luar, Wad dan Jabatan Kecemasan di Hospital-hospital.
* Membuat pemeriksaan saringan ke atas pesakit yang memerlukan rawatan
* Memeriksa, mendiagnos dan merawat penyakit ringan
* Memberi kaunseling/pendidikan kesihatan kepada pesakit atau masyarakat setempat
* Memberi rawatan awal kes-kes kecemasan
ii.    Perkhidmatan Khusus
Memberi perkhidmatan di pelbagai Jabatan Kepakaran dan program-program seperti berikut:
* Penjagaan Khusus di Unit-unit Khas dan wad-wad seperti Unit   Ortopedik, Psikiatri, Kardiologi, Pembedahan Am, Bius dan Unit Rawatan   Rapi, Urologi, Neurologi dan lain-lain Jabatan/Unit di Hospital.
* Menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan mengendalikan latihan di jabatan atau program tertentu.
Juruteknologi Makmal Perubatan
Kerjaya  Juruteknologi Makmal Perubatan memfokuskan kepada kajian atau   penyelidikan yang digunakan untuk membantu dalam diagnosis, penentuan   punca penyakit, cara kawalan dan juga penyembuhannya.
Selain itu  bidang  tugasnya membantu juga dalam kerja-kerja pembedahan  mayat yang  berkaitan undang-undang. Kerjaya seorang Juruteknologi  Makmal Perubatan  (JTMP) adalah menarik, mencabar dan sesuai bagi mereka  yang mempunyai  minat dalam teknologi sains gunaan.
DESKRIPSI TUGAS
Juruteknologi  Makmal Perubatan memberi khidmat bantuan penting bagi  penjagaan pesakit  di hospital. Tugas hakikinya adalah melakukan  analisis-analisis makmal  serta menghasilkan keputusan-keputusan yang  tepat yang boleh membantu  Pegawai Perubatan membuat diagnosis terhadap  sesuatu penyakit.
Juru X-Ray
Juru  X-ray adalah ahli pasukan perubatan professional yang menggunakan   sinaran untuk tujuan pengesanan kehadiran penyakit atau rawatan.
Penggunaan  sinar X dengan tujuan mengesan kehadiran penyakit dikenali  Pengimejan  Diagnostik (Radiografi). Juru X-ray yang bertugas dalam  bidang ini  dikenali Juru X-ray (Diagnostik)
Penggunaan sinar X (bertenanga  tinggi) dan sinar gama untuk memusnahkan  sel-sel kanser dikenali  Radioterapi. Juru X-ray yang bertugas dalam  bidang ini dikenali Juru  X-Ray (Terapi).
DESKRIPSI TUGAS
Juru X-ray Pengimejan Diagnostik:
*Menghasilkan imej yang berkualiti bagi membantu pakar radiologi dalam pengesanan penyakit ;
*Mengendalikan pemeriksaan :
*Pengimejan Resonan Magnet (MRI)
*Ultrasonografi (US)
*Pengimejan Radionuklid (NM)
*Tomografi Berkomputer (CT)
*Angiografi dan
*Pengimejan Digital;
*Melakukan prosedur pengimejan di dewan bedah, wad-wad, unit forensik, pusat kesihatan dan Jabatan Traumatologi dan Kecemasan;
*Memberi jagaan berkualiti kepada pesakit;
*Mengamalkan perlindungan sinaran;
*Melaksanakan program kepastian kualiti (QA)
Juru X-ray Radioterapi:
*Melakukan perancangan rawatan pancaran;
*Memberi rawatan pancaran;
*Menjaga keselamatan pesakit;
*Menjaga kesihatan umum pesakit
*Menggunakan, mengendalikan serta menjaga kelengkapan dan peralatan radioterapi;
*Memberikan pendidikan kesihatan dan pengurusan rawatan kanser
Jururawat Pergigian
Kerjaya  Jururawat Pergigian adalah merangkumi pengetahuan saintifik  dalam  bidang ilmu pergigian yang memfokuskan promosi kesihatan oral  pada  peringkat awal di kalangan kanak-kanak prasekolah, murid-murid  sekolah  rendah dan menengah serta warga tua supaya mereka mempunyai  kesihatan  oral yang optimum.
DESKRIPSI TUGAS
Jururawat Pergigian bertanggungjawab:
*Memberi  rawatan pergigian kepada kanak-kanak prasekolah, sekolah,  kanak-kanak  istimewa dan warga tua dalam aspek promosi, pencegahan,  konservatif dan  rehabilitasi (pemulihan) pergigian.
*Memeriksa,  mendiagnosis dan mengatur rawatan pesakit-pesakit di bawah  penjagaannya  dan merujuk kepada Pegawai Pergigian untuk tindakan  selanjutnya.
*Memberi pendidikan kesihatan oral dan penjagaan di rumah.
Pembantu Farmasi
Kerjaya  Penolong Pegawai Farmasi merupakan pasukan yang  bertanggungjawab dalam  penjagaan kesihatan yang membantu memberi  perkhidmatan penjagaan  farmaseutikal kepada pelanggan di bawah  penyeliaan Pegawai Farmasi.
DESKRIPSI TUGAS
Penolong  Pegawai Farmasi akan ditempatkan di Hospital dan di Klinik  Kesihatan  Kerajaan. Seorang Penolong Pegawai Farmasi yang terlatih akan   menjalankan tugas-tugas seperti berikut:-
* Menginden, menerima, menyimpan dan mendispen ubat-ubatan di perkhidmatan kaunter farmasi.
* Menyediakan/membancuh persediaan ubat-ubatan perubatan.
* Menyediakan dan membekal persediaan farmaseutikal ke wad dalam perkhidmatan wad farmasi/satelit farmasi.
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitran
Kerjaya  Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran meliputi aspek  pengawalan,  pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang dalam  aktiviti-aktiviti  kesihatan umum seperti kawalan mutu makanan dan  kawalan penyakit  berjangkit serta kawalan penyakit bawaan vektor,  kesihatan cara kerja,  kesihatan antarabangsa, kebersihan alam sekitar  dan aktiviti-aktiviti  lain yang berkaitan.
Graduan yang lahir kelak diharap mempunyai  pengetahuan saintifik,  teknikal, kemahiran insaniah bagi membolehkan  mereka memahami,  menganalisis dan melaksanakan prinsip-prinsip kesihatan  persekitaran  yang berkaitan.
DESKRIPSI TUGAS
Memberi perkhidmatan kepada unit-unit yang berada di bawah Kementerian Kesihatan atau agensi-agensi Kerajaan seperti berikut:
*Kementerian Kesihatan Malaysia
*Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan
*Kementerian Pertahanan Malaysia
Tugas-tugas Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran :
*Menguatkuasakan undang-undang, peraturan dan undang-undang kecil dibawah Ordinan dan Enakmen yang berkaitan kesihatan umum.
*Mengawasi kebersihan alam sekitar
*Mengawasi kebersihan alam sekitar
*Menyiasat dan menyediakan laporan ke atas semua kes penyakit berjangkit
*Keselamatan dan kesihatan sosial termasuk kesihatan luar bandar
*Penyakit berkaitan cara hidup
*Menjalankan  aktiviti-aktiviti pendidikan kesihatan umum seperti ceramah  kepada  Institusi Kerajaan, Swasta dan Badan-badan Sukarela.
Fisioterapi
Jurupulih  Perubatan (Anggota) adalah satu kerjaya yang memberi  penekanan kepada  aspek penjagaan kesihatan yang berkaitan dengan  penilaian, pengendalian  dan pemulihan fungsi fizikal dan pergerakan  tubuh manusia.
DESKRIPSI TUGAS
Seorang  ahli fisioterapi bertanggungjawab membuat penilaian dan  menentukan  kesesuaian sesuatu skim rawatan terhadap seseorang pesakit.
Ahli fisioterapi perlu:
* kefahaman terperinci berkenaan fungsi tubuh manusia ;
* pengetahuan berkaitan penyakit, kecederaan dan proses penyembuhan;
* kebolehan membezakan postur, imbangan dan pergerakan yang normal dan tidak normal;
* menggunakan kemahiran dalam rawatan seperti “massage”, ”acupressure” dan manipulasi;
* membantu doktor menentukan jenis penyakit, misalnya menguji dengan cara elektrik
* pemulihan anggota dengan menggunakan senaman, cahaya elektrik, ais, urut dan karan/elektrik.
* menggunakan alat bantuan berjalan, ”splints” dan “appliances”  untuk  rawatan serta melatih pesakit dan penjaga penggunaan alatan dengan   betul
* memberi pendidikan kepada pesakit
Jurupulih Perubatan (Carakerja)
Jurupulih  Perubatan (Carakerja) adalah satu kerjaya yang memberi fokus  kepada  rawatan pemulihan ke atas individu yang mengalami kecacatan  anggota,  gangguan mental, berpenyakit dan uzur untuk menjalani  kehidupan  berdikari, produktif dan bermakna.
DESKRIPSI TUGAS
Jurupulih Perubatan (Carakerja):
*Menyediakan dan mengendalikan program rawatan yang disesuaikan  dengan  keperluan pesakit bagi mempertingkatkan keupayaan pesakit  dalam   menjalankan aktiviti harian. 
*Mengendalikan penilaian dan  mencadangkan pengubahsuaian yang perlu  ada kediaman, persekitaran dan  tempat berkerja untuk membolehkan  pesakit hidup berdikari.
* Memberi preskripsi dan latihan menggunakan alat-alat bantuan sementara/kekal berdasarkan keperluan pesakit.
* Memberi pendidikan, nasihat serta cara penjagaan yang berkesan dan selamat kepada pesakit, ahli keluarga dan penjaga.
GOOD LUCK TO THOSE PERSON YG AKAN DI TEMUDUGA UNTUK SPA EK..
Sign up here with your email
4 comments
Write commentsthis one help me alot!! THANK YOU VERY VERY MUCH !! wish me luck
Replysyukran jazilan kathira
ReplyTQ FOR THE INFORMATION
ReplyGood info...
ReplyConversionConversion EmoticonEmoticon